Bagaimana Syiah masuk ke Malaysia?
Sungguhpun kegiatan Syi'ah di Malaysia sudah banyak diketahui umum
melalui pemberitaan akhbar-akhbar harian dan mingguan, polemik dan
penulisan makalah melalui akhbar dan majalah, seminar- seminar,
ceramah-ceramah, perbincangan dalam halaqah tertentu dan sebagainya,
namun kiranya perlu lagi disebut di sini, di antaranya;
1.
Sebuah akhbar berbahasa Melayu bertarikh 25-10-1983 me1apurkan bahawa
sekumpulan rakyat Malaysia termasuk tiga orang guru agama di Selangor
sedang giat menyebarkan ajaran Syi’ah dari Iran di negeri Selangor
dengan cara pergi dari rumah ke rumah. Ahli-ahli kumpulan itu telah
pergi ke Iran selama dua minggu atas bantuan pihak tertentu.
2.
Akhbar-akhbar tempatan pernah menyiarkan bahawa kumpulan Syi'ah
Imamiah telah wujud di Petaling Jaya dengan bilangan seramai 200 orang
dan sebilangan mereka dihantar ke Pakistan dan Iran. Mereka juga
mempunyai sebuah sekolah di Melaka.
3. Sebuah akhbar
mingguan bertarikh 6-8-1983 memberitakan bahawa sejumlah ulama dan tokoh
Islam dari Malaysia telah menghadiri Muktamar Alami lil Hajji tajaan
Iran di Dakka Bangladesh pada 26 hingga 30 Jun 1983.
4. Pada
16- 7 -1984, bertempat di perpustakaan awam Kota Bahru telah di
langsungkan seminar haji yang dihadiri oleh lebih kurang 300 orang
peserta. Tujuannya untuk mempelajari haji mengikut risalah Imam Khomeini
dan Muktamar Haji Alami. Seminar ini adalah sebagai lanjutan Muktamar
Haji Alami, di India dan Bangladesh, tetapi ianya bersifat tempatan.
Gambar- gambar Khomeini dan pemimpin-pemimpin Iran memenuhi ruang
seminar.
5. Pada 19-7-1987 seminar haji kedua telah
berlangsung di sudut penulis Dewan Bahasa dan Pustaka atas anjuran Pusat
Pemikiran dan Media Islam Al Alami. Di antara resolusi-resolusi yang
diambil ialah: bahawa haji mempunya dua dimensi, politik dan rohani.
Haramain mesti ditadbir oleh Badan Islam Antarabangsa di bawah ulama
Islam yang amat layak. Taat kepada Imam Khomeini adalah penting bagi
menjamin kedaulatan Islam dan kenangan terhadap golongan umat yang
tertindas dalam perjuangan menentang musuh Islam kini. 2
6.
Sebuah mingguan Islam bertarikh 2-10-1987 melaporkan bahawa Syi’ah
Imamiah telah hidup subur di kalangan ulama tertentu dan setengah mereka
telah terpengaruh dengan fahaman itu. Selanjutnya mingguan itu
menyiarkan pendapat seorang ulama dan toloh akademik yang disegani yang
menyeru para alim ulama supaya jangan lagi bertolak ansur dengan
kesesatan ajaran Syi’ah dan berusaha menulis buku-buku yang menunjukkan
percanggahan aqidah Syi’ah dengan ‘aqidah Ahlus Sunnah wal Jama’ah.
7. Penyebaran risalah-risalah Quds oleh Gerakan Pembebasan Al Quds
Malaysia ke serata masjid-masjid dan tempat penting, yang memuat
ucapan-ucapan para pemimpin revolusi Iran dengan komentar yang cukup
memberangsangkan.
8. Memperingati Hari Quds Antarabangsa
pada hari Jumaat terakhir bulan Ramadhan 1407, dimana pengerusinya
menyampaikan perutusan Imam Khomeini.
9. Ceramah-ceramah
tokoh-tokoh yang berpengaruh untuk meyakinkan pendengar tentang
penerimaan ummat Islam terhadap Syi’ah Imamiah seperti yang berlaku di
beberapa tempat di pantai timur.
10. Penampilan makalah-makalah yang membela dan mempertahankan 'aqidah Syi'ah melalui akhbar dan majalah tertentu.
11. Perbincangan dan kumpulan tertentu atau pengajian melalui
halaqah tertentu untuk mendalamkan pengetahuan dan mengukuhkan keyakinan
terhadap Syi’ah.